Isu hangat diperbincangkan sekarang adalah mengenai PTPTN, wajarkah diberi secara percuma, atau dimansuhkan cas perkhidmatan.
Saya juga adalah peminjam PTPTN berjumlah RM19,000, dan ya terus terang saya katakan khidmat yang diberikan oleh kerajaan ini teramat banyak manfaatnya kepada anak muda yang hendak menyambung pelajaran ke universiti.
Masih ingat lagi, masa zaman bapa-bapa kita, tiada PTPTN ditawarkan. Apa yang nenek kita lakukan adalah menjual dan menggadai segala yang ada emas, tanah harta pusaka dan sebagainya untuk menampung pembelajaran generasi ibu bapa kita ke universiti.
Zaman PTPTN ditawarkan, ibu bapa kita tidak perlu lagi berbuat demikian. Semuanya telah tersedia ada, masuk sahaja university, ambil borang permohonan PTPTN, tandatangan, dan kita akan terus dapat duit. Ini cerita zaman 1990an- 2012.
Namun bagi anak-anak kita yang lahir tahun 1990an -2012 ini, mereka adalah generasi baru yang akan ke universiti 10 atau 20 tahun lagi. Persoalan berikut wajar difikirkan:
- Pada tahun 2030, apa agaknya lanskap pendidikan ketika itu?
- Adakah PTPTN masih wujud?
- Adakah kerajaan Malaysia akan memberikan pendidikan percuma?
- Berapakah kos pendidikan ke universiti 20 tahun akan datang?
Secara peribadi, apa yang saya yakin akan berlaku 20 tahun akan datang adalah:-
- Tiada pendidikan percuma
- Skim pinjaman pendidikan mungkin wujud, tapi mungkin dibawah organisasi swasta sepenuhnya (cas perkhidmatan lebih tinggi untuk menampung kos)
- Kos pendidikan meningkat 2-3 kali ganda dari sekarang
Penyelesaian saya ialah melabur untuk anak sekurang-kurangnya satu hartanah bagi setiap seorang anak.
Katakan umur saya 30 tahun dan dan membeli rumah apartment sederhana rendah berkeluasan 700sft-800sft sekarang berharga RM120,000. Detail pembelian adalah seperti berikut:
- Harga belian dan Financing Bank: RM120,000 (100% financing)
- Sewa: RM800 (ROI 8%)
- Bayaran bank Selama 30 tahun: RM636 + maintainance RM90.
- Lebihan Bulanan: RM74 - dibuat untuk membayar kos lain seperti pembentungan dan cukai tanah.
- Modal Membeli rumah: RM3000-RM4000 sahaja (kos guaman dan duty setem).
Jadi senario berikut akan terjadi:
- Nilai hartanah: RM240,000
- Sewa: RM1300 (meningkat dua kali ganda)
- Bayaran bank dan kos bulanan: RM700
- Lebihan Sewa bulanan: RM600
- Baki hutang di bank: RM60,000
Jadi Berapa modal dan tabungan yang diperlukan?
Jawapannya RM3000 sahaja (kos guaman), tabungan lain semua dibayar oleh penyewa
Bagaimana jika kita meninggal?
Semua hartanah diwajib kan oleh bank untuk di lindung oleh takaful hartanah. Jika kita meninggal, takaful akan bayar baki hutang kita kepada bank, dan anak kita akan mendapat rumah itu FREE.
Tidakkah ia lebih HEBAT dari takaful pendidikan dan PTPTN?
Jadi apa anda tunggu lagi bertindak sekarang! Laburkan RM25 untuk menuntuk ilmu hartanah di sini KLIK SINI
======================================================================
Terbaik bro :)
ReplyDeleteThank for your comment!
ReplyDeleteSemua orang kena bertindak buat sesuatu Bro! Bangsa lain dah lama bertindak!
100% loan financing..semua orang layak ke? :)
ReplyDeletetahniah, adi..bagai sireh pulang ke gelanggang..lama hg tak update..hehe info yg bagus..
ReplyDeleteTuan anonymous, semua boleh buat tapi kena tau cara.
ReplyDeleteAbu Redha: Haha..Design blog lama dah hilang la.Nak tolong design header blog aku tak. Hehe..
ada betulnya ni, nampaknya kena mula dari sekarang lah ni..
ReplyDelete