Pages

Subscribe:

Tuesday, May 13, 2014

Cara Simpan Duit Dengan Cepat


Tentu ramai nak tahu cara simpan duit dengan cepat kan.

 Ada banyak cara.

Tapi saya nak kongsikan satu sahaja cara. Mungkin tak sesuai untuk anda. Tapi saya dah pernah buat. Sesuai atau tak, anda boleh cuba sendiri.

Caranya ialah simpan dengan berhutang.

 Cara yang saya buat adalah dengan berhutang kad kredit. Ya, dengan Kad Kredit.

Dan pastikan anda dikenakan cas bank seminimum mungkin (0%-1%) sahaja. Kalau tak jangan buat. Caranya macamni:


  1. Cara orang nak beli barang guna kad kredit. Pastikan amaunnya lebih dari RM1000. Lagi tinggi lagi bagus. 
  2. Bayar barangan tersebut dengan kad kredit anda, dan ambil duit tersebut dan simpan dalam Tabung Haji 
  3. Lepas dapat bil kad kredit bulan hadapan, buat Balance Transfer ke Kad Kredit bank lain. Pastikan cas hanya (0%-1%) sahaja. Biasanya 6 bulan ada bank yang bagi 0% cas. 1% pula untuk balance transfer antara 9-12 bulan. 
  4. Bulan-bulan, bayar installment ke bank tersebut. 
Jadi dari teknik di atas, anda boleh dapat Simpan Duit Dengan Cepat. Instantly!


Masalahnya, tak semua kita faham apa itu Balance Transfer, dan macam mana nak tahu bank cas (0%-1%) tu?

 Yang ini kena survay. Tahun lepas, Bank Islam buat promosi selama setahun Balance Transfer - 0% cas untuk 6 bulan dan 1% untuk 12 bulan. Tahun ni (2014) dari awal tahun sampai April, RHB ada buat promosi yang sama 0% cas untuk 6 bulan dan 1% untuk 9 bulan.

Yang penting kena survey.

Wednesday, January 29, 2014

TIPS BEBAS KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM)


Ramai antara kita nak jadi kaya, tapi berapa ramai yang nak bebas kewangan?

Ada beza kah antara kaya dan bebas kewangan?

Hm...

Terpulang kepada tafsiran kita.. 

Ramai yang mentafsirkan kaya sebagai banyak duit.. tapi sebanyak mana yang jadi kaya?

RM 1 juta? Cukup? 

Nama pun JUTAWAN, mungkin cukup lah kot...



Cukup tak cukup bergantung kepada nafsu masing-masing dalam berbelanja. Lain periuk lain pula keraknya

Saya ambil contoh mudah.

Kalau kita ada RM1 juta, dan kos bulanan kita adalah RM7,000 pada 2014. Maknanya duit  1 juta tadi akan habis dalam masa 12 tahun sahaja.

Bagi yang duduk di Lembah Kelang mungkin akan bersetuju yang RM7000 sebulan sebagai kos sara hidup itu hanya taraf orang sederhana sahaja.

Orang bernafsu tinggi mungkin tinggi lagi kosnya?

Jadi adakah anda boleh 'bersara' dengan hanya RM1 juta di tangan?

Kaya kah anda dengan RM1 juta di tangan?

Pada saya tidak! Sebab lambat laun duit itu akan habis juga, dan anda perlu kerja semula..Jadi bila nak pencennya?

Disinilah letaknya istilah "Bebas Kewangan". Atau maksud mudah, wang bukan lagi menjadi halangan anda untuk 'pencen'.

Yang menariknya, anda tak perlu kumpul sampai sejuta untuk bersara dengan kos sara hidup RM7000 ditampung sepenuhnya SELAMA-LAMANYA!

Jadi, apa perlu saya buat untuk Bebas Kewangan?

Jadi perlukan lagi untuk saya target nak kumpula RM1 juta untuk bersara?

Jawapannya mudah, ubah mindset dan cari ilmu kewangan..

Saya akan kongsikan TIPS BEBAS KEWANGAN di post-post yang akan datang.

Doakan saya konsisten dalam perkongsian.

Monday, January 27, 2014

TEKNIK MENABUNG YANG BERKESAN (Part 2)

Klasik tak gambar RM5 ni?
Sambungan dari post yang lalu yang mendapat response yang baik dari pembaca, saya ingin menyakbung satu lagi tips menabung yang saya fikir agak kreative tapi amat berkesan.

Teknik ini saya namakan sebagai "Teknik Duit Hijau".

Caranya mudah sahaja, tentu kita perasan satu-satunya duit kertas malaysia yang berwarna hijau adalah pada note RM5.00.

Jadi apa yang perlu anda buat adalah, sediakan satu tabung, dan setiap kali duit HIJAU ini singgah ke poket anda, cepat-cepat masukkan duit RM5 ini ke dalam tabung.

Itu sahaja!

Anda pasti akan terkejut bila buka tabung lepas setahun, jumlah simpanan boleh mencecah seribu ringgit tanpa anda sedar.

Kenapa duit hijau?

Sebab RM5 hijau ini tak lah besar sangat bagi kita macam RM10.Jadi anda tak lah rasa sayang sangat nak masukkan dalam tabung, 

Dan tak lah kecil sangat macam RM1, jadi amount tabungan anda akan jadi banyak tanpa sedari.

Dan yang kita tak sedar, sebenarnya duit hijau ini sangatlah jarang singgah dalam poket kita berbanding RM1 dan RM10. So kalau masuk dalam tabung, kita tak sedar pon duit hijau kita dah tak ada.

Harap tips yang simple ini boleh diamalkan dengan konsisten, lepas setahun, boleh pindahkan ke Tabung Haji dan sebagainya.

Yang penting amal itu konsisten biarpun sedikit.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...