Pages

Subscribe:

Thursday, April 26, 2012

Bagaimana Pelabur Menyemak Market Value Hartanah (Part III)

Sambungan artikel sebelum ini. Bagi yang belum baca siri sebelum ini, boleh baca Part I dan Part II dulu yer.

Bahagian akhir kali ini saya hendak kongsikan kenapa pentingnya semak market value sebelum pembelian hartanah, atau lebih tepat lagi sebelum BERJUMPA DENGAN PENJUAL. Maknanya, sebelum anda turun hendak berjumpa penjual/agen, harga pasaran (MV) paling tinggi hendaklah ada dalam tangan anda.

Market Value TERTINGGI yer. Bukan market value BIASA. Ada beza tau!. Kalau anda gunakan dialog seperti mana saya cadangkan dalam PART II, and PASTI akan dapat MV yang tertinggi sebab kita dah offer kepada valuer harga yang overvalue.  Kemudian kita turunkan sampai valuer setuju dengan harga tertinggi yang dia boleh bagi. Jangan lah orang nak jual 120K, kita pergi tanya valuer 120K jugak. Kita kena  mark up awal-awal dengan valuer.  Tanya RM160K, kemudian nego secara menurun.

Kenapa kena tahu MV tertiggi Sebelum Jumpa Penjual?
Sebabnya senang. Anda boleh 'terbeli' hartanah di atas harga pasaran yang ditetapkan oleh valuer. Tahukan anda banyak iklan hartanah sekarang meletakkan harga 20-30% lebih tinggi dari harga pasaran yang ditetapkan oleh jurunilai? Bila anda dah tahu MV tertinggi, anda boleh kira-kira awal-awal berapa harga terbaik yang anda nak. MV 100k, anda nak rumah yang berharga 30% bawah dari harga MV, maka harga akhir anda hendak lah RM70k sahaja!

Apa Implikasinya Kalau Terbeli Rumah Overvalue?
Bila anda 'terbeli' rumah lebih tinggi dari harga pasaran, bila hendak minta pembiayaan dari bank, bank akan bagi pembiayaan mengikut MV. Maknanya perbezaan antara harga belian dan harga MV akan ditampung oleh anda sendiri.

Maknanya?
Anda kena bayar lebih lah, sebab bank pembiayaan sikit ajer.Nak senang faham, contoh adalah seperti dibawah. Kita ambil kes di Mentari Court sebagaimana artikel sebelum ini.
Harga di iklankan: RM180,000 . Setelah nego dan termakan pujukan penjual, anda bersetuju membeli rumah tersebut dengan harga RM170,000. Anda berasa senang hati kerana berjaya memujuk penjual memberi diskaun sehingga RM10,000. 
Anda syok sendiri ingat dah untung RM10,000. Jadi anda sign SnP pada harga RM170,000, dan bayar deposit 10%, iaitu RM17,000.
Kemudian anda ke Bank untuk meminta pembiayaan bank. Bank akan memeriksa MV, dan jurunilai meletakkan harga pasaran (MV) maksimum hanyalah RM160,000. Bank akan bagi financing 90% dari RM160K, iaitu RM144,000. 
Jadi beza harga belian dan pembiayaan bank adalah RM26,000, setelah ditolak 10% yang anda bayar sebagai deposit semasa sign SnP, masih ada beza RM9,000 yang perlu anda bayar secara CASH!.  
Jadi risiko yang anda hadapi di sini, apa terjadi kalau anda tidak lagi mempunyai wang sejumlah RM9,000? Membatalkan SnP dan kehilangan wang deposit RM17,000?

Di sinilah letaknya ilmu dalam pelaburan. Melabur dan membeli rumah biarlah dengan ilmu dan dengan cara yg betul. Memikul beban sebesar pembiayaan hartanah yang akan mengikat anda selama 20-30 tahun perlu dilakukan dengan ilmu. Biar kita untung bukan sahaja semasa membeli, tapi juga semasa menjual.

Di sini saya cadangkan anda belanjakan RM25 sahaja ke Seminar Ringkas INI. Kenapa?

Ada orang cakap tak payah ke seminar pun nak beli rumah. haha..memang betul tu..

Tapi seminar adalah 'shortcut' bagi anda nak sedut ilmu pelabur jutawan yang dah bertahun-tahun terlibat dalam pembelian hartanah. Salah silap pelabur lama ni kita tahu dan akan cuba elak, jimat ilmu 10 tahun dan risiko yang ditanggungpun berkurang!

Adakah yang sanggup belajar sendiri slow-slow, tanggung risiko beban 20 tahun, sanggup rugi beribu-ribu dari membayar RM25 untuk dapat ilmu shortcut pelabur pakar?

Ada 1001 benda yang anda belum tahu dan tak akan didedahkan di Blog. Kalau anda rasa artikel ini menarik,  Seminar Ringkas INI  lagi menarik!

====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

1 comment:

  1. Tuan Adi. Saya nak tanya. Adakah harga verbal valuer bagi tu tetap atau boleh berubah bila valuer buat penilaian sebenar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...