Pages

Subscribe:

Monday, April 16, 2012

Bagaimana Pelabur Menyemak Market Value Hartanah

Macam mana nak tau market value (MV) Adi?

Itu soalan yang sering disoal kepada aku. Bagi yang baru hendak menceburi bidang hartanah, pasti soalan ini adalah soalan yang anda nak tahu.

Contohnya bila anda search 'MENTARI COURT' di Mudah.my, screen berikut akan dipaparkan.

Kita dapati, range harga Mentari Court di Subang Jaya adalah dari RM145,000 - RM180,000.

Tapi berapakah nilai pasaran sebenar bagi apartment ini, dan bagaimanakah hendak semak? Adakah harga RM145,000 adalah bawah nilai pasaran yang kita hendak cari kerana 20% lebih murah dari harga termahal ditawarkan di Muday.My?

Jawapannya adalah, nilai pasaran bagi apartment Mentari Court ini adalah sekitar RM150K-160K sahaja (semakan pada March 2012). Maknanya harga 145k itu hanyalah 5% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Jadi kalau hendak cari 20% dari harga pasaran, anda perlu membeli apartment ini pada harga RM120K.

Moral di sini, jangan terpedaya dengan harga yang diiklan kan kerana rata-rata apartment yang diiklankan sekarang adalah lebih tinggi dari harga pasaran yang dinilai oleh pihak yang sepatutnya iaitu Jurunilai.

Saya akan kongsi lagi dengan lebih mendalam berkenaan jurunilai ini di post yang akan datang.

Baca Part II DI SINI

======================================================================
Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! KLIK DISINI 
======================================================================

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...