Pages

Subscribe:

Wednesday, January 29, 2014

TIPS BEBAS KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM)


Ramai antara kita nak jadi kaya, tapi berapa ramai yang nak bebas kewangan?

Ada beza kah antara kaya dan bebas kewangan?

Hm...

Terpulang kepada tafsiran kita.. 

Ramai yang mentafsirkan kaya sebagai banyak duit.. tapi sebanyak mana yang jadi kaya?

RM 1 juta? Cukup? 

Nama pun JUTAWAN, mungkin cukup lah kot...



Cukup tak cukup bergantung kepada nafsu masing-masing dalam berbelanja. Lain periuk lain pula keraknya

Saya ambil contoh mudah.

Kalau kita ada RM1 juta, dan kos bulanan kita adalah RM7,000 pada 2014. Maknanya duit  1 juta tadi akan habis dalam masa 12 tahun sahaja.

Bagi yang duduk di Lembah Kelang mungkin akan bersetuju yang RM7000 sebulan sebagai kos sara hidup itu hanya taraf orang sederhana sahaja.

Orang bernafsu tinggi mungkin tinggi lagi kosnya?

Jadi adakah anda boleh 'bersara' dengan hanya RM1 juta di tangan?

Kaya kah anda dengan RM1 juta di tangan?

Pada saya tidak! Sebab lambat laun duit itu akan habis juga, dan anda perlu kerja semula..Jadi bila nak pencennya?

Disinilah letaknya istilah "Bebas Kewangan". Atau maksud mudah, wang bukan lagi menjadi halangan anda untuk 'pencen'.

Yang menariknya, anda tak perlu kumpul sampai sejuta untuk bersara dengan kos sara hidup RM7000 ditampung sepenuhnya SELAMA-LAMANYA!

Jadi, apa perlu saya buat untuk Bebas Kewangan?

Jadi perlukan lagi untuk saya target nak kumpula RM1 juta untuk bersara?

Jawapannya mudah, ubah mindset dan cari ilmu kewangan..

Saya akan kongsikan TIPS BEBAS KEWANGAN di post-post yang akan datang.

Doakan saya konsisten dalam perkongsian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...