Pages

Subscribe:

Tuesday, February 28, 2012

Beli Rumah dengan Hanya RM1000 nett



Just nak update dan kongsi.

Hari sabtu lepas adalah hari yang paling best bagi grup hartanah aku. Seorang ahli kumpulan, yang duduk di Teluk Intan, Perak, yang ulang alik setiap 2 minggu untuk view prospek rumah di KL, yang datang malam2 untuk meeting dah balik teluk intan balik dalam hari sama. Kekuatan dan kecekalan dia berbayar pada hari sabtu lepas bila mendapat best deal rumah apartment yang hanya 5 minit ke UITM Shah Alam. Dealnya seperti dibawah:
  1. Market Value: 125k-130k
  2. Open Price by Seller: RM130k
  3. Last Price Close by Buyer: RM93k
  4. Monthly Rental : RM700-RM800
  5. Bayaran Bulanan pada bank mengikut Markup Price: RM571
  6. Positive Cash Flow bulanan: RM150
  7. Duit Dapat Dari Bank: RM19,000.
  8. Cash dibayar untuk dapat rumah ni: RM1000 NETT
Kawan aku hanya bayar RM1000 sahaja. Duit bayaran lawyer, balance 10% seller, dan lain2 kos akan diambil dari Duit lebihan cash yang bank akan bagi dan seller agree on the term.

Ini memang rezeki sungguh bagi rakan ini sebab dia pon, takda reserved money nak beli rumah sebab ada plan nak pergi umrah bulan depan. So bila dapat deal yang memerlukan hanya RM1000 nett cost dikeluarkan, mmg dia tanpa teragak2 terus accept.

Apa yang aku nak tunjukkan disini adalah BOLEH sangat nk dapat rumah dengan hanya cash RM1000 NETT, dan kita siap dapat duit extra lagi dari Bank untuk rollover kepada pembelian property-property lain.

Sekian perkongsian minggu ini.

Sunday, February 26, 2012

Idea Nak Update Blog

Banyak benda sebenarnya nak di masukkan dalam blog ni. Cuma tak tertulis sahaja sebab aku ni bukan kaki menulis blog. Tapi tercabar juga tengok blog lain yang konsisten update blog setiap hari. Pendapatan dari Nufnang pon masuk jugak. Antara blog yang aku wajib baca setiap pagi sebelum mula kerja adalah blog Abangensem. Bukan aku nak promote blog abangensem ni, cuma nak tunjukkan gambar aku masuk dalam blog Abang ensem sebab kehadiran aku ke Seminar Ringkas Hartanah anjuran beliau.


Anyway, entry ni bukan nak update tentang Abangensem, tapi nak kongsikan idea entry blog yang aku bakal kongsikan dalam blog ni. Ya lah, kalau tak tulis mesti esok lupa.
  1. Koleksi 'How Series' - Pembelian tiket bas tanpa ke stesen bas, UNIFI 10mb dengan hanya RM30 sebulan.
  2. Ilmu Pelaburan Hartanah. aku bukan pakar, tapi hanya nak kongsikan apa yang aku dah buat dalam perjalanan aku untuk menjadi bebas kewangan dengan pendapatan bulanan RM20,000 dalam masa 15 tahun akan datang.
  3. Cerita Emas dan Perak.
Idea-idea lain akan ditambah dari masa ke masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...