Pages

Subscribe:

Friday, May 11, 2012

WTF! 23 Buah Rumah Sebelum 30 Tahun



WTF! 23 Properties by 30!

Ini lah tajuk buku yang aku nak ulas dalam entry kali ini. Sebenarnya dah lama orang minta aku ulas. Tapi sengaja aku lengahkan.

Buku ini aku beli di Pesta Buku Antarabangsa minggu lepas. Walaupun aku sebenarnya dah tahu kewujudan buku ini sejak sebulan lalu sebelum di edarkan lagi. Buku ini dah kecoh di sebarkan di FB dan penulis tersebut Faizul Ridzuan ada rakan aku di FB sejak sekian lama..tapi disebabkan buku ini bertajuk WTF, aku tak lah minat nak ambil tahu (ingat buku mengarut What The F**K). Sampai lah rakan aku yang jadi sukarela di seminar hebat  4 Langkah kearah Hartawan Hartanah cakap buku ini best, baru lah aku tahu buku pelaburan hartanah rupanya!

Dalam masa 2-3 hari sahaja buku telah  ini di edarkan di MPH dan Kinokuniya, dan aku bernasib baik sebab dapat 1 naskah ini di Pesta buku tempoh hari dengan diskaun 10%.

Apa yang menarik tentang buku ini?
Kalau korang add Faizul sebagai friend mesti korang akan perasan betapa banyaknya pujian pembeli-pembeli yang amat berpuas hati. Buku ini menceritakan bagaimana perjalanan Faizul mendapat 23 buah rumah sebelum umur 30 tahun.

23 BUAH RUMAH TAU!

Dan semua pembelian ini dilakukan dalam masa hanya 5 tahun!

Dan beliau juga memulakan pelaburan beliau TANPA mengeluarkan duit sendiri dengan bijaknya memanipulasi produk kewangan yang ada di Malaysia ketika gaji penulis hanya RM3000 sahaja! Dan memang pada aku apa yang dikongsikan oleh penulis ini ada perkara yang BOLEH DIBUAT, sebab penulis sendiri dah buat.Malah perkongsian dalam buku ini pada saya lebih baik dari buku-buku teks hartanah yang lain ditulis dengan gaya sempoi dan senang difahami.

Dengan harga kurang dari RM30, bagi aku buku ini sangat lah berbaloi untuk dimiliki tak kiralah oleh pelabur senior atau yang baru nak mula melabur dalam hartanah.

Dibawah ini aku kongsikan sedikit preview buku ini yang aku ambil dari kulit belakang buku ini:

WARNING! THIS BOOK MAY MAKE PROPERTY INVESTING LOOK TOO EASY!

In this book, he shares his unique stories on how he:
  • Purchased properties using zero or little money
  • Made 1000% returns on capital in less than 3 years
  • Made RM100,000 in profits over 18 month without putting a single-sen
  • Create a million dollar portfolio
  • Create an investment framework that allows investors to invest systematically

Boleh dapatkan buku ni di MPH atau KINOKUNIYA online bagi yang tinggal jauh.

====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

8 comments:

  1. gaji 3000...yg gaji 1500 mcm saya ni bole mimpi je la agaknya..

    ReplyDelete
  2. ada diskaun tak kat kedai atau sesape yang jual buku ni?

    ReplyDelete
  3. Aku dah baca buku. Memang bagus untuk dapatkan ilmu pelaburan hartanah. Satu lg, rumah beliau beli semua dalam lingkungan 200k ke atas. Teknik pelaburannya jelas.

    ReplyDelete
  4. Gaji 1500 pon boleh beli rumah, banyak rumah kos rendah kat malaysia ni yg harga kurang dari 60k. Bayar bulanan kurang dari RM300, sewa pulak dalam RM500, so anda masih untung RM200..Sapa kata tak boleh..

    ReplyDelete
  5. Tapi nak beli rumah low cost nie susah skitkan. Kena ada kebenaran kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Taklah susah..kalau cukup syarat ok sahaja..cuma mungkin lambat sikit sahaja..

    Tapi sangat berbaloi sebab cashflow banyak..

    ReplyDelete
  7. Di SARAWAK ada cara macam ni kah? aku minat benar kawan bole bagi aku bukunya!

    ReplyDelete
  8. Tuan Abaj98,
    Buku ni boleh dibeli di sini.
    http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675945106

    Saya tak pasti tentang hartanah di sarawak. Kena research sikit tentang peluang hartanah disarawak sebab peluang sebenarnya di-mana-mana. Cuma kena cari lah game mana yang sesuai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...