Pages

Subscribe:

Tuesday, February 28, 2012

Beli Rumah dengan Hanya RM1000 nett



Just nak update dan kongsi.

Hari sabtu lepas adalah hari yang paling best bagi grup hartanah aku. Seorang ahli kumpulan, yang duduk di Teluk Intan, Perak, yang ulang alik setiap 2 minggu untuk view prospek rumah di KL, yang datang malam2 untuk meeting dah balik teluk intan balik dalam hari sama. Kekuatan dan kecekalan dia berbayar pada hari sabtu lepas bila mendapat best deal rumah apartment yang hanya 5 minit ke UITM Shah Alam. Dealnya seperti dibawah:
  1. Market Value: 125k-130k
  2. Open Price by Seller: RM130k
  3. Last Price Close by Buyer: RM93k
  4. Monthly Rental : RM700-RM800
  5. Bayaran Bulanan pada bank mengikut Markup Price: RM571
  6. Positive Cash Flow bulanan: RM150
  7. Duit Dapat Dari Bank: RM19,000.
  8. Cash dibayar untuk dapat rumah ni: RM1000 NETT
Kawan aku hanya bayar RM1000 sahaja. Duit bayaran lawyer, balance 10% seller, dan lain2 kos akan diambil dari Duit lebihan cash yang bank akan bagi dan seller agree on the term.

Ini memang rezeki sungguh bagi rakan ini sebab dia pon, takda reserved money nak beli rumah sebab ada plan nak pergi umrah bulan depan. So bila dapat deal yang memerlukan hanya RM1000 nett cost dikeluarkan, mmg dia tanpa teragak2 terus accept.

Apa yang aku nak tunjukkan disini adalah BOLEH sangat nk dapat rumah dengan hanya cash RM1000 NETT, dan kita siap dapat duit extra lagi dari Bank untuk rollover kepada pembelian property-property lain.

Sekian perkongsian minggu ini.

6 comments:

  1. tahniah utk kawn saudara... dgn modal RM1000 dah boleh beli rumah sebab biasanye buyer kena dulukan (3%+7%) dan duit tu akan dapat balik bila bank dah disburse loan tu nanti...

    sungguh baik seller itu...;)

    ReplyDelete
  2. Salam... Berminat utk mengetahui selok belok pembelian rumah di Shah Alam.. Harap boleh beri tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  3. Berpegang kepada motto: Semua benda boleh di Nego. Itu sahaja rahsianya.

    Ini bukan rakan pertama yang dapat, tapi dah ramai yang dapat. 10% itu biasanya bagi agen dia akan kata sebagai standard practice. Tapi siapakah yang letakkan standard tersebut? Jawapannya agency lah. Sebab biasanya 3% dari bayaran 10% tu adalah untuk dijadikan bayaran komisyen bagi agen.

    So rahsianya hanyalah nego sampai dapat. Tak dapat, cari lah rumah lain. kalau tak dapat nego deposit RM1000, cuba nego sampai jadi 3% sahaja dan bukan 7%. Ada yang dapat waive 10% dari owner, ada dari agen. terpulang kepada nasib masing-masing. Yang penting, jangan putus asa untuk cari dan nego, cari dan nego sampai jumpa.

    ReplyDelete
  4. bro, ni kat flat nilam sari ker ? braper MV utk tingkat 4@5 ?

    ReplyDelete
  5. rumah ni sy beli x sampai 2 taun lps 42k.:).mmg goreng pisang panas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...