Pages

Subscribe:

Monday, January 2, 2012

Berbaloikah Naik LRT


Sekarang, aku pergi kerja naik LRT. Dulu naik motor. Beza dari sudut wang adalah seperti berikut:-


LRT
RM2 sehala X 2 -  RM4 Sehari
20 hari kerja = RM80 sebulan

Motor
Minyak RM6 seminggu
Sebulan (4 minggu) - RM24
Kos lain - Minyak hitam dan filter bulan-bulan RM30
Jumlah sebulan RM54

Secara umumnya naik motor lebih menguntungkan aku jika dikira dari sudut wang. Tapi apa yang aku dapat dengan naik LRT adalah seperti berikut:-
  1. Banyak senaman sebab kena berjalan dari Stesen LRT ke Pejabat agak jauh. Nak jumpa kawan-kawan atau ke masjid untuk sembahyang jumaat pun kena jalan agak jauh.
  2. Dapat baca buku dalam LRT. Habis lah satu bab satu perjalanan. Kalau sebulan sure boleh habis satu buku.
  3. Tak perlu menempuhi Jem jalan dan hujan lebat (kalau takda payung basah jugak).
  4. Tak perlu menyelenggara LRT. Kalau naik motor kena selenggara motor.
  5. Tak perlu bawa LRT, kalau naik motor kena bawa sendiri.
  6. Biasanya dapat sampai ofis lebih cepat. Naik motor tak tentu jalan jem atau ada penutupan jalan mesti sampai lambat ke ofis. LRT ni takda lagi orang nak buat sekatan.
  7. Tak perlu menempuhi Jem untuk bawa kereta dari UM ke Kerinci, sebab kereta di pakir di Kerinci. Biasa nak keluar UM ke Kerinci ambil masa lebih kurang 30-45 minit. Sekarang dah agak jimat dan sampai rumah awal. Tapi sekarang masih ramai bercuti. Agak lepas ramai masuk kerja balik, tak tau lah macam mana.
Tentulah ada kelemahan naik LRT sebab aku tidak lagi boleh jalan-jalan jauh-jauh sebab tiada motor. 

Jadi, agak-agak berbaloi kah naik LRT dan bayar extra RM30 sebulan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...