Pages

Subscribe:

Sunday, June 17, 2012

12 Sebab Kenapa Melabur Hartanah

Video ini di ambil dari web KC LAU.



Sebab-sebab di ringkaskan seperti berikut:-

  1. Ramai orang jadi kaya dengan hartanah
  2. Semua orang boleh buat
  3. Boleh guna duit orang lain
  4. Kenaikan harga
  5. Tak perlu jual untuk dapat untung
  6. Dapat duit dari asset
  7. Mesra inflasi
  8. Mudah dikawal
  9. Harga stabil
  10. Mesra cukai
  11. Mudah perbetul kesalahan
  12. Sesuai untuk orang yang mesra alam


====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

Tuesday, June 12, 2012

Abang Ensem di Mata Aku


Abang Ensem dimataku.. Ini pos yang aku terpaksa tulis, sebab nak masuk contest dan aku rasa korang kena tahu siapa abang ensem ni. 

Nama penuh mamat yang claim dia ensem ni ialah Meor Zaidee Meor Ahmad Rosli..

Bagi aku nama tak penting, hensem ke tak itu pun tak penting. Yang penting adalah aku nak kongsikan siapa abang ensem di mata aku.. Dia ni bukan sedara aku pn, kaum kerabat aku, atau ipar biras aku. Bau-bau belacan pn takda antara aku dengan dia ni.

Tapi korang kena tahu bahawa mamat yang mempunyai misai ini mempunyai 14 buah rumah sewa.

Masa memula aku kenal dia melalui blog dia aku terus kata Wowww.. macamana dia boleh dapat 14 buah rumah yer? Naik kereta wira klasik ajer. Kerja takda lah pangkat tinggi pun.. Sedangkan masih ramai yang aku kenali lagi tinggi pangkat dan gaji tapi tak jugak mampu beli rumah lebih dari 2 biji..

Tapi mamat ni boleh beli sampai 14 rumah..Umur muda lagi tu..

Dari sini lah aku selidik sedikit demi sedikit macamana dia buat. Akibatnya bukan sahaja aku dah baca entry mamat di blog dia di http://abangensem.com/ dari posting memula bertarikh 20 December 2009 sampai posting terbaru, tapi juga aku turut bersengkang mata baca blog lama mamat ni di http://abangensem.blogspot.com/

Apa yang aku boleh kongsikan ialah banyak improvement dari sudut penulisan beliau yang aku pendekkan seperti di bawah:

  • Dulu tak banyak buat lawak dan serius ajer, sekarang mmg asyik buat lawak sahaja.
  • Dulu banyak guna ejaan pasar dan lintang pukang, sekarang dah semakin kemas dan tersusun.
  • Dulu mmg fokus betul entry 90% kepada hartanah, sekarang dah kurang sebab banyak sentuh benda lain sama seperti SEO, Branding, event dan update ttg rakan blogger lain. Mgkin fokus dan objektif dah lain, tak kisah lah.
Haha..positif dan negatif korang nilai lah sendiri yer...

Tapi bukan ini yang aku nak tekankan.. yang aku nak tekankan kenapa aku sanggup belek posting mamat ni dari dulu-dulu sampai sekarang, ialah aku nk korek macamana mamat ni dapat 14 rumah, apa tips dan trick yang mamat ni guna. Sebab bagi aku belajar dari kesalahan dan pengalaman orang lain adalah pengalaman terbaik kita..

Bagi pelabur dan peminat pelaburan hartanah, entry AE dulu-dulu sangatlah banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Dari tips beli rumah, cari rumah, cari sewa rumah, buat pinjaman, urusan dengan penyewa  dan lain-lain.

Kalau korang banyak duit, baik korang beli ebook AE pun sebab semuanya dah dicompile di dalam ebook tu. 

Tapi aku ni kedekut sikit nak belanja beli ebook. Sebab tu aku lagi sanggup baca entry-entry lama AE ni..So kalau korang kedekut macam aku ni, korang buat lah cara aku baca entry AE dari dulu sampai sekarang. Nanti korang akan nampak macamana brilliant nya mamat bermisai ni.

Sekedekut aku, aku pergi jugak bawak bini aku pergi seminar AE.
So, siap AE dimata aku? He is a brilliant property investor! kalau korang tak percaya? Try baca entry AE start dari dulu sampai sekarang.

P/S: kalau korang tak boleh baca blog AE di blogspot, tipsnya adalah jangan bagi blog tu loading sampai habis. Stop loading bila full page dah appear. Atau pun email ajer kat AE suruh buang script redirect tu.

LIKE post ni di FB DI SINI
====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

Thursday, June 7, 2012

Teknik Menyimpan Paling Berkesan


Kali ini saya nak kongsikan tentang teknik simpanan.

Tak semua orang pandai menyimpan kan, maksud saya simpan duit. Ada yang dilahirkan memang jenis berjimat dan menyimpan. Contohnya semasa kecil dahulu, adik saya yang ke 3 adalah orang yang paling bagus dalam menyimpan duit. Kalau dikira duit simpanan kami, pasti dialah pemenang sebab ada tabung paling berat. Tapi kalau dibandingkan keseluruhan simpanan setahun, dia akan kalah atau sekurang-kurangnya seri sebab duit raya budak lelaki yang raya sakan kesana-kesini pasti akan lebih banyak dari budak perempuan. Ini cerita zaman kanak-kanak. Tapi banyak pengajaran boleh kita ambil dari kisah yang simple ini.

Untuk melabur, asas paling penting adalah kita kena ada duit..kalau nak melabur tapi takda duit nak melabur apa?

Jadi asas nak ada duit adalah simpan duit tu. Simpan dan tengok berapa lama duit tu boleh kekal dalam simpanan. Sebab ada orang yang rajin menyimpan, tapi simpan untuk belanja. Pantang tabung berat sikit, terus bawak keluar beli macam-macam. So matlamat simpanan untuk dikembangkan kepada pelaburan tak sampai la kan. jadi kena ingat tujuan kita untuk menyimpan adalah untuk kekalkan simpanan dan dikembangkan kepada pelaburan.

Jadi bagaimana nak menyimpan?

Hah...soalan simple ini pun nak tanya kah?

Soalan ini mmg simple tapi cuba kita cek berapa ramai yang berjaya menyimpan dan simpanan itu kekal tanpa di usik? Tak kira lah kalau gaji RM5000 pun, tapi kalau nafsu tinggi nak berbelanja, kita pasti tak akan berjaya menyimpan..

Jadi dalam post kali ini saya nak kongsikan teknik bagaimana nak menyimpan dan yang lebih penting, mengekalkan simpanan.

Tekniknya MENYIMPAN adalah macam ni:-
  1. Biasanya dinasihatkan oleh pakar penasihat kewangan adalah dengan menyimpan dulu dari hasil gaji kita sebelum berbelanja lain-lain. Maknanya kalau gaji kita RM5,000 contonhya cuba simpan 10%, iaitu RM500 setiap bulan dan anggaplah gaji kita RM4500 sahaja untuk kita berbelanja. Kalau agak tak mampu, cuba simpan 5%, RM250 sebulan. So dapat ajer gaji terus debit kan duit tu ke akaun/tabung simpanan. Saya tak nak kongsikan tips pertama ini panjang-panjang sebeb dah ramai orang tahu.
  2. Teknik kedua adalah teknik simpan paksa. Teknik ni jarang di ajar, tapi bagi saya teknik ni lebih berkuasa dari teknik pertama. Sebab dengan teknik ni, kita akan dapat kawal kebocoran duit kita. Saya belajar dari AbangAbu dan di modify sikit mengikut kesesuaian.

    Tipsnya ialah buat rules bila anda kena bayar (simpan).

    Contohnya mudah, seperti dibawah:-
  • Siapa bawak balik syiling, setiap syiling yang ada mesti masuk tabung simpanan.
  • Kalau anda suka merokok, buat rule, sekotak rokok yang dibeli masuk tabung harga sama kotak rokok yang kita beli tu. jadi lagi banyak kita merokok,lagi banyak tabung simpanan kita
  • Bagi yang suka tengok TV, buat rule setiap 1 jam tengok TV akan kena cas RM1. Impaknya ialah, kalau kurang tengok TV, letrik kurang, kalau lebih tengok TV simpanan kita lebih.
  • Bagi yang suka makan malam diluar, kena denda RM5 sekali makan diluar. 
  • Bagi yang suka membazir elektrik, seperti tak tutup lampu or kipas misalnya, kena denda RM5. Anda atau rakan serumah akan dipaksa menjimatkan elektrik atau kena denda RM5
  • Bagi yang suka makan malam tapi lauk selalu tak habis, kena denda RM1 setiap kali makanan tak habis. So anda tak ada pilihan samada kurangkan menu masakan pada masa depan, atau kena bayar denda kalau tak habis.

Senang tak teknik ni? Cuba lah amalkan. Kalau anda langgar peraturan di atas, takda pilihan untuk anda menabung. 

Jadi anda boleh pilih cara mana yang anda suka. Bayar diri anda dulu (simpan awal), atau paksa diri anda menyimpan.

Bagaimana nak KEKALKAN SIMPANAN? Senang sahaja,
  1. Jangan bagi peluang kita pegang tabung, kunci tabung anda, atau bagi pasangan simpan
  2. Buka satu akaun yang anda hanya ada no akaun sahaja. Kad/Buku akaun/online hanya boleh diakses oleh pasangan anda atau mak dan ayah anda
Dan yang paling penting,  disiplin dan amanah pada diri. kalau nak simpan buat cara nak simpan, janganlah merompak tabung sendiri pulak. haha...teruk sangat dah tu..maknanya duit bulanan anda tak cukup dan anda kena buat sesuatu samada merendahkan nafsu dan belanja bulanan ataupun tambah pendapatan.
Orang kalau betul-betul nak menyimpan dia akan buat cara nak simpan. Tengok video bawah ni macamana orang sanggup buat apa sahaja kalau nak kumpul duit. Boleh baca detail lagi disini http://nomoreharvarddebt.com/


Kuncinya simple ajer kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan, dan disiplin untuk capai target kita.

Harap perkongsian ini dapat memberi idea untuk kita perbaiki pengurusan kewangan peribadi kita.


====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

Wednesday, June 6, 2012

Beli Rumah Dapat Cash RM13,000, Betul Ke Ni?

Orang beli rumah keluar duit beribu-ribu, kami beli rumah dapat sampai RM13,000.

Ada jugak beli rumah tak dapat-dapat rumah, lepas 12 tahun kg beli kena layan  bayaran bank, yang dapat? Hutang dan tanah kosong. Rumah tebengkalai!

Orang beli rumah kita nak beli rumah jugak, orang beli guna ilmu dapat cash, dapat cash flow bulanan, dapat harta kita dapat beban boleh jadi seumur hidup.

Aku sedih jugak ramai yang terjebak dengan rumah dalam binaan yang terbengkalai. Contohnya dalam akhbar The Star Property seperti dibawah:


Dalam masa yang sama, ada orang memilih melabur atau membeli rumah dengan ILMU. Siap boleh dapat sampai RM13,000lagi dari pembelian rumah. Ini belum campur cashflow bulan-bulan hasil sewaan.

Ni ha, kawan aku dok tayang cek yang baru dia dapat dari lowyer hasil dari pembelian rumah. Sakit hati jugak aku tengok.


Jadi, apa pilihan anda?

Beli rumah dengan ilmu, atau tanpa ilmu harap nasib ajer menyebelahi. Pilihan ditangan anda semua.

Kalau nak tahu macamana belabur boleh dapat cash RM10k, 20k, 30k? dan bulanan RM100-RM200 sebulan?

Jom laburkan RM25 anda ke program ini KLIK SINI.

Dibuat khas dari orang melayu untuk orang melayu yang nak tengok melayu berjaya sama dengan bangsa lain di negara sendiri ini.

Pilihlah untuk melabur dengan ilmu, boleh menyelamatkan beribu-ribu duit anda.

P.S: Lagi 2 bulan bank nak disburse RM23,000 duit aku hasil pembelian pertama untuk pelaburan aku. Tak sabar pulak rasanya/

====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================

Friday, May 18, 2012

Sesi Anda Bersama Penulis WTF, 23 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun


Masih ingat buku WTF, 23 Properties by 30 yang saya ulas tempoh hari? Inilah tuan penulisnya, dan anda berpeluang berjumpa beliau.

credit gambar dari abgensem.com

Tuan Faizul Ridzuan akan membuat penampilan istimewa pada Seminar Strategi Pelabur Underground 16 & 17 June ini, beliau akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau membeli 23 buah hartanah sebelum berumur 30 tahun.

Mana yang dah beli buku .. jangan lupa bawa buku WTF anda utk ambil autograf .. mana yang belum
beli, Insy Allah akan dijual semasa seminar kelak...

Sila buat pendaftaran anda sekarang, Hanya Tinggal 25 Tempat SAHAJA lagi, jangan berlengah , nanti gigit jari sahaja :-)

Pastikan anda rebut peluang untuk mendapatkan
tempat ke seminar tersebut.

Klik link di bawah untuk tempahan:
>> Seminar Pelabur Underground 16 & 17 Jun 2012

Wednesday, May 16, 2012

Pulangan 30%? 50%?100% Anda Pilih!


Rahsia 6 Pelabur Hebat Dibongkar di “STRATEGI PELABUR UNDERGROUND”

Antara Topik yang dibawakan ialah :-

1. Manipulasi Alat Kewangan
2. Pelaburan Hartanah
3. Pelaburan Perak
4. Pelaburan Indeks
5. Pelaburan Internet
6. Analisa Teknikal Logam Berharga

Peserta akan mempelajari :-

1. Rahsia menukar hutang kepada harta
2. Perkara wajib yang anda perlu tahu sebagai seorang pelabur
3. Amalan-amalan terbaik seorang pelabur
4. Memaksimum keuntungan pelaburan
5. Strategi menjana pendapatan semi-automatik
6. Strategi, tips , teknik dan kaedah meningkatkan pulangan pelaburan sehingga 30%

TEMPAT TERHAD !!!! DAFTAR SEKARANG !!!!!

Hanya RM399 !

* Termasuk set seminar bernilai RM199
* Hadiah misteri menanti anda

TUNGGU!!! BONUS !!! SESSI MENTOR / MENTI BERSAMA SPEAKER

BONUSSS LAGI !!!! .. ANALISA KEWANGAN PERCUMA !!!!

Cara Penyertaan :

Sila isi borang penyertaan di http://bit.ly/strategi-underground

Tarikh :-
16 & 17 June 2012
8:30 pg hingga 5 ptg

Lokasi :-
Dewan Sivik Petaling Jaya
Jalan Yoong Shook Lin
46200 Petaling Jaya , Selangor

Friday, May 11, 2012

WTF! 23 Buah Rumah Sebelum 30 Tahun



WTF! 23 Properties by 30!

Ini lah tajuk buku yang aku nak ulas dalam entry kali ini. Sebenarnya dah lama orang minta aku ulas. Tapi sengaja aku lengahkan.

Buku ini aku beli di Pesta Buku Antarabangsa minggu lepas. Walaupun aku sebenarnya dah tahu kewujudan buku ini sejak sebulan lalu sebelum di edarkan lagi. Buku ini dah kecoh di sebarkan di FB dan penulis tersebut Faizul Ridzuan ada rakan aku di FB sejak sekian lama..tapi disebabkan buku ini bertajuk WTF, aku tak lah minat nak ambil tahu (ingat buku mengarut What The F**K). Sampai lah rakan aku yang jadi sukarela di seminar hebat  4 Langkah kearah Hartawan Hartanah cakap buku ini best, baru lah aku tahu buku pelaburan hartanah rupanya!

Dalam masa 2-3 hari sahaja buku telah  ini di edarkan di MPH dan Kinokuniya, dan aku bernasib baik sebab dapat 1 naskah ini di Pesta buku tempoh hari dengan diskaun 10%.

Apa yang menarik tentang buku ini?
Kalau korang add Faizul sebagai friend mesti korang akan perasan betapa banyaknya pujian pembeli-pembeli yang amat berpuas hati. Buku ini menceritakan bagaimana perjalanan Faizul mendapat 23 buah rumah sebelum umur 30 tahun.

23 BUAH RUMAH TAU!

Dan semua pembelian ini dilakukan dalam masa hanya 5 tahun!

Dan beliau juga memulakan pelaburan beliau TANPA mengeluarkan duit sendiri dengan bijaknya memanipulasi produk kewangan yang ada di Malaysia ketika gaji penulis hanya RM3000 sahaja! Dan memang pada aku apa yang dikongsikan oleh penulis ini ada perkara yang BOLEH DIBUAT, sebab penulis sendiri dah buat.Malah perkongsian dalam buku ini pada saya lebih baik dari buku-buku teks hartanah yang lain ditulis dengan gaya sempoi dan senang difahami.

Dengan harga kurang dari RM30, bagi aku buku ini sangat lah berbaloi untuk dimiliki tak kiralah oleh pelabur senior atau yang baru nak mula melabur dalam hartanah.

Dibawah ini aku kongsikan sedikit preview buku ini yang aku ambil dari kulit belakang buku ini:

WARNING! THIS BOOK MAY MAKE PROPERTY INVESTING LOOK TOO EASY!

In this book, he shares his unique stories on how he:
  • Purchased properties using zero or little money
  • Made 1000% returns on capital in less than 3 years
  • Made RM100,000 in profits over 18 month without putting a single-sen
  • Create a million dollar portfolio
  • Create an investment framework that allows investors to invest systematically

Boleh dapatkan buku ni di MPH atau KINOKUNIYA online bagi yang tinggal jauh.

====================================================================== Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. jom ke seminar! tak rugi! http://goo.gl/wUF9R ======================================================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...