Pages

Subscribe:

Sunday, April 22, 2012

Bagaimana Pelabur Menyemak Market Value Hartanah (Part II)


Sambungan episod pertama berkenaan bagaimana pelabur hartanah menyemak nilai hartanah (MV).

Sebagaimana saya telah kongsikan minggu lepas, nilai hartanah sebenarnya ditentukan oleh jurunilai bertauliah. Contoh jurunilai yang popular adalah Kumpulan Jurunilai dan Jurunilai Bersekutu. 

Ada beberapa cara yang boleh gunakan untuk berhubung dengan jurunilai, yang paling biasa digunakan oleh pelabur kebanyakkan adalah dengan pergi ke bank dan minta pegawai bank tolong semak,yang mungkin akan mengambil masa sedikit dan bergantung kepada kerajinan pegawai bank terbabit. Pada saya, adalah lebih baik anda sendiri sebagai pelabur berhubung direct dengan jurunilai.

Iya, telefon sendiri syarikat jurunilai yang di iktiraf, dan cakap sendiri dengan jurunilai.

Senarai lengkap jurunilai boleh didapati di website http://valuer.com.my/valuer-dir/index.asp. Pastikan anda pilih jurunilai yang 'mahir' atau paling dekat dengan kawan anda, agar nilain hartanah dapat beri sewajarnya.

Sebelum itu, ada beberapa perkara yang perlu anda semak sebelum menyemak harga pasaran dengan jurunilai.
  1. Keluasan unit rumah (sft yang tepat)
  2. Tingkat dan blok
  3. Alamat lengkap
  4. Harga jualan
  5. Ada tak sebarang pengubahsuaian dilakukan dalam rumah
Semua perkara di atas akan disoal oleh jurunilai kepada anda untuk mendapatkan nilai yang tepat terhadap hartanah yang bakal anda beli.

Apa yang perlu anda tanya kepada jurunilai?
Haa, ini bahagian yang penting!

Dialog dibawah adalah biasa aku gunakan.

Katakan unit ini hendak dijual dengan harga RM129,000. Tingkat1 Blok C, Vista Lavendar, Kinrara Puchong. Keluasan ialah 852sft.

AH: Salam, boleh saya bercakap dengan jurunilai.
JN: Boleh, sebentar yer. Siapa bercakap ni dan dari syarikat mana? 
AH: Saya Adi, individu hendak cek nilai hartanah yang nak dibeli.
JN: Ok. (transfer kepada jurunilai) 
AH: Puan, saya nak cek nilai bagi Vista Lavendar, alamat penuh di Tingkat1 Blok C, Kinrara Puchong. Keluasan ialah 852sft. Penjual hendak jual dengan harga RM170K, ok ker?
JN: Oh Encik Adi, mahal tu, nilaian hartanah ni tak sampai ke situ. 
AH: Jadi berapa penilaian yang paling tinggi yang saya boleh dapat?
JN: Paling tinggi kami boleh bagi RM155K sahaja. 
AH: Tak boleh tinggikan lagi ker sampai 165K? Unit ni ada grill dan kitchen cabinet.
JN: Ok kalau macam tu,165K saya boleh bagi lah. 
AH: Ok confirm RM165k, boleh tahu nama Puan, dan bank mana bank jurunilai ni jadi panel. Nanti saya nak quote nama puan di bank.
JH: Ok, nama saya Puan Hanisah, dan syarikat kami panel di bank CIMB, Maybank, Bank Islam dan MBSB. 
AH: Terima kasih.
Setiap point dalam dialog di atas memainkan peranan yang penting. Jangan tinggalkan satu pun point dalam dialog di atas. Saya akan kongsikan huraian dialog di atas dalam Part III nanti. Jangan lupa subscribe email ke blog ini untuk senang mendapat update terus ke email.

Baca Part III DI SINI

======================================================================
Siapa minat nak tahu bagaimana membeli rumah dibawah nilai pasaran dan mendapat pulangan positif seumur hidup? pelaburan permulaan serendah RM25 sahaja. Saya sendiri telah membeli rumah 2 minggu selesai seminar. Yg menariknya rumah ini hampir 30% dibawah market value dan mendapat pulangan RM200 setiap bulan. Nak tahu rahsianya? Jom ke seminar ini! tak rugi! KLIK SINI  ======================================================================

6 comments:

  1. ni post pertama yang saya jumpa ttg macam mana nk cek MV dgn jurunilai... biasanya suruh cek dgn bank je... thanks for the tips!

    ReplyDelete
  2. Tq Adi. tips yang sangat bermanfaat bagi saya

    ReplyDelete
  3. Sama-sama, jangan lupa baca part III (last part).

    Banyak lagi boleh dikongsi sebenarnya, kalau nak dapat update direct ke email, minta subscribe ke email update yer.

    ReplyDelete
  4. bro, kasik option share kat fb la. menarik entry ni.

    ReplyDelete
  5. Maaf tuan, masih explore lagi blogger ni

    ReplyDelete
  6. Tumpang tanya.. Jurunilai/valuer tu kena bayar ke? Berapa bayaran terkini? T.kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...