Pages

Subscribe:

Monday, January 27, 2014

TEKNIK MENABUNG YANG BERKESAN (Part 2)

Klasik tak gambar RM5 ni?
Sambungan dari post yang lalu yang mendapat response yang baik dari pembaca, saya ingin menyakbung satu lagi tips menabung yang saya fikir agak kreative tapi amat berkesan.

Teknik ini saya namakan sebagai "Teknik Duit Hijau".

Caranya mudah sahaja, tentu kita perasan satu-satunya duit kertas malaysia yang berwarna hijau adalah pada note RM5.00.

Jadi apa yang perlu anda buat adalah, sediakan satu tabung, dan setiap kali duit HIJAU ini singgah ke poket anda, cepat-cepat masukkan duit RM5 ini ke dalam tabung.

Itu sahaja!

Anda pasti akan terkejut bila buka tabung lepas setahun, jumlah simpanan boleh mencecah seribu ringgit tanpa anda sedar.

Kenapa duit hijau?

Sebab RM5 hijau ini tak lah besar sangat bagi kita macam RM10.Jadi anda tak lah rasa sayang sangat nak masukkan dalam tabung, 

Dan tak lah kecil sangat macam RM1, jadi amount tabungan anda akan jadi banyak tanpa sedari.

Dan yang kita tak sedar, sebenarnya duit hijau ini sangatlah jarang singgah dalam poket kita berbanding RM1 dan RM10. So kalau masuk dalam tabung, kita tak sedar pon duit hijau kita dah tak ada.

Harap tips yang simple ini boleh diamalkan dengan konsisten, lepas setahun, boleh pindahkan ke Tabung Haji dan sebagainya.

Yang penting amal itu konsisten biarpun sedikit.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...